Selasa, 05 Maret 2013

TURUNIN BERAT BADAN

Jika anda mahu menurunkan berat badan dengan cepat, anda boleh mengambil pendekatan yang benar-benar semulajadi. Jika semua berjalan lancar, anda boleh mempunyai berat badan yang diidamkan dalam masa 4-6 minggu. Paling tidak anda akan turunkan 2-4 kg dalam masa beberapa minggu. Anda boleh amalkan langkah dibawah
Langkah 1
Kurangkan kalori anda untuk mewujudkan defisit kalori. Anda bolh kurangkan pengambilan kalori harian bermula 500 hingga 1,000 kalori. Tetapi jangan terlalu drastik. Sila pastikan anda kurangkan 500 kalori daripada keperluan kalori harian anda.
Langkah 2
Makan makanan yang rendah kandungan natrium, gula, dan lemak tepu . Elakkan makanan yang bergoreng, makanan segera, , gula-gula, sos berkrim, makanan sejuk beku dan sup dalam tin. Ambil makanan yang tinggi nutrien seperti daging tanpa lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, oat, kacang dan produk tenusu rendah lemak.
Langkah 3
Minum air yang tidak mengandungi gula dan kalori. Elakkan soda, lattes, minuman kopi berperisa, minuman buah-buahan dan alkohol. Ambil sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari. Ini bukan sahaja sebagai alat ganti kalori anda, tetapi ia juga memastikan anda terhidrat.
Langkah 4
Ambil makanan sebaik sahaja anda bangun pagi untuk mendapatkan metabolisme yang tinggi. Anda boleh memulkan sarapan anda dengan semangkuk oatmeal bersama susu rendah lemak atau campuran bersama-sama dengan yogurt rendah lemak, buah-buahan, flaxseeds atau serbuk protein  yang berkhasiat.
Langkah 5
Makan dengan kadar minima setiap dua hingga tiga jam  Ini bukan sahaja akan memastikan metabolisme anda tinggi, tetapi ia juga akan memberi anda tahap tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Langkah 6
Lakukan senaman kardiovaskular 4-5 hari seminggu dalam kadar 60 minit. Atau aktiviti yang anda suka yang akan menyebabkan anda berpeluh. Berlari, berbasikal indoor, merentas desa , kick boxing, latihan elips, tali skippingt dan memanjat tangga sebagi contoh aktiviti yang anda boleh lakukan.
Langkah 7
Angkat berat untuk membina otot untuk meningkatkan metabolisme aktif. Lakukan senaman berfokus kepada sasaran seluruh tubuh anda seperti menekan dada (tekan tubi), triceps extension, biceps,dan lain-lain lagi. Dalam ulangan 10-12 kali, 3-4 set setiap bahagian.anda boleh lakukan 2-3 kali seminggu. Latihan angkat berat baik untuk menggalakkan pembakaran kalori. Anda boleh berehat dalam jeda 30 saat setiap set.
Langkah 8
Timbang diri anda selepas seminggu untuk melihat kemajuan anda. Jika anda tidak kehilangan berat badan, cuba kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan  masa latihan kardio anda. Jika anda kehilangan berat badan, teruskan latihan anda dan teruskan motivasi untuk mencapai saaran anda. Ulangi sehingga anda mencapai matlamat anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar