Jika anda mahu menurunkan berat badan
dengan cepat, anda boleh mengambil pendekatan yang benar-benar
semulajadi. Jika semua berjalan lancar, anda boleh mempunyai berat badan
yang diidamkan dalam masa 4-6 minggu. Paling tidak anda akan turunkan
2-4 kg dalam masa beberapa minggu. Anda boleh amalkan langkah dibawah
Langkah 1
Kurangkan kalori anda untuk mewujudkan
defisit kalori. Anda bolh kurangkan pengambilan kalori harian bermula
500 hingga 1,000 kalori. Tetapi jangan terlalu drastik. Sila pastikan
anda kurangkan 500 kalori daripada keperluan kalori harian anda.
Langkah 2
Makan makanan yang rendah kandungan
natrium, gula, dan lemak tepu . Elakkan makanan yang bergoreng, makanan
segera, , gula-gula, sos berkrim, makanan sejuk beku dan sup dalam tin.
Ambil makanan yang tinggi nutrien seperti daging tanpa lemak,
buah-buahan, sayur-sayuran, oat, kacang dan produk tenusu rendah lemak.
Langkah 3
Minum air yang tidak mengandungi gula
dan kalori. Elakkan soda, lattes, minuman kopi berperisa, minuman
buah-buahan dan alkohol. Ambil sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari.
Ini bukan sahaja sebagai alat ganti kalori anda, tetapi ia juga
memastikan anda terhidrat.
Langkah 4
Ambil makanan sebaik sahaja anda bangun
pagi untuk mendapatkan metabolisme yang tinggi. Anda boleh memulkan
sarapan anda dengan semangkuk oatmeal bersama susu rendah lemak atau
campuran bersama-sama dengan yogurt rendah lemak, buah-buahan, flaxseeds
atau serbuk protein yang berkhasiat.
Langkah 5
Makan dengan kadar minima setiap dua
hingga tiga jam Ini bukan sahaja akan memastikan metabolisme anda
tinggi, tetapi ia juga akan memberi anda tahap tenaga untuk melakukan
aktiviti harian.
Langkah 6
Lakukan senaman kardiovaskular 4-5 hari
seminggu dalam kadar 60 minit. Atau aktiviti yang anda suka yang akan
menyebabkan anda berpeluh. Berlari, berbasikal indoor, merentas desa ,
kick boxing, latihan elips, tali skippingt dan memanjat tangga sebagi
contoh aktiviti yang anda boleh lakukan.
Langkah 7
Angkat berat untuk membina otot untuk
meningkatkan metabolisme aktif. Lakukan senaman berfokus kepada sasaran
seluruh tubuh anda seperti menekan dada (tekan tubi), triceps extension,
biceps,dan lain-lain lagi. Dalam ulangan 10-12 kali, 3-4 set setiap
bahagian.anda boleh lakukan 2-3 kali seminggu. Latihan angkat berat baik
untuk menggalakkan pembakaran kalori. Anda boleh berehat dalam jeda 30
saat setiap set.
Langkah 8
Timbang diri anda selepas seminggu untuk
melihat kemajuan anda. Jika anda tidak kehilangan berat badan, cuba
kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan masa latihan kardio anda.
Jika anda kehilangan berat badan, teruskan latihan anda dan teruskan
motivasi untuk mencapai saaran anda. Ulangi sehingga anda mencapai
matlamat anda.